Utama Soalan Lazim
Pusat Bantuan

Soalan Lazim

Jawapan kepada pertanyaan biasa mengenai bantuan guaman, khidmat nasihat, dan perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman Malaysia.

Umum

9 soalan lazim dalam kategori ini.

Maklumat dan dokumen yang diperlukan ialah: a) Kad pengenalan b) Surat nikah/cerai asal c) Perintah perceraian d) Sijil kelahiran anak e) Butiran pekerjaan f) Nama majikan g) Perakuan daripada majikan h) Penyata gaji i) Laporan perubatan j) Laporan polis k) Maklumat saksi l) Pengesahan pemastautinan pihak yang menuntut m) Apa-apa dokumen yang berkaitan
Akta Bantuan Guaman 1971 yang mula berkuat kuasa pada 24 April 1971 ialah undang-undang yang mengawal Jabatan Bantuan Guaman. Perjalanan pentadbiran harian JBG dikawal oleh Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman 2017 dan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Pengantaraan) 2006.
Jabatan Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September 1970 dan objektifnya adalah untuk memberi bantuan dan nasihat guaman serta khidmat pengantaraan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan untuk memberi kesedaran undang-undang kepada masyarakat dengan cekap, tepat dan berkesan.
Untuk melayakkan anda mendapat bantuan guaman anda hendaklah: a) Warganegara Malaysia; b) Berusia 18 tahun ke atas. Sekiranya pemohon berusia dibawah 18 tahun, ibubapa atau penjaga hendaklah menjadi pemohon bagi pihak.
Anda hanya perlu membayar fi pendaftaran sebanyak RM 10 sekiranya sumber kewangan tahunan anda kurang dari RM 50,000 setahun. Sekiranya sumber kewangan anda melebihi RM50,000.00 setahun, anda dikehendaki membayar fi pendaftaran dan sumbangan kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam Peraturan-peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) 2017.
Perkhidmatan bantuan guaman adalah terbuka kepada semua pihak yang layak tanpa mengambil kira pihak manakah yang hadir dahulu ke Jabatan Bantuan Guaman.
Sekiranya perkara ini berlaku, kedua-dua pihak akan dirujuk ke sidang pengantaraan di Jabatan kami untuk mencari suatu penyelesaian di luar mahkamah. Jika sidang pengantaraan gagal, kes mereka akan dirujuk kepada panel peguam yang dilantik oleh Jabatan ini mengikut seksyen 5 Akta Bantuan Guaman 1971 dan fi guaman akan dibayar oleh Jabatan Bantuan Guaman.
Sesuatu permohonan bagi kes di luar bidang kuasa Jabatan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 10(2A) dan 12(3) Akta Bantuan Guaman 1971 boleh dikemukakan kepada Menteri melalui Ketua Pengarah untuk pertimbangan dan pengecualian dengan syarat bahawa terdapat merit dalam permohonan tersebut.
Menurut seksyen 29 Akta Bantuan Guaman 1971, nasihat guaman hendaklah terdiri daripada nasihat secara lisan mengenai soal undang-undang berkaitan dengan undang-undang Malaysia.
Maklumat di sini adalah panduan umum sahaja dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Untuk nasihat khusus mengenai kes anda, sila tempah sesi khidmat nasihat atau hubungi cawangan JBG berhampiran.

Masih ada pertanyaan?

Tempah sesi khidmat nasihat guaman atau hubungi kami secara terus.

Hubungi Kami